#my rants

Currently reading:
# Kala Runtuh Seluruhnya by Fiy Suri

Oct 13, 2018

4.



You shouldn’t talk about breaking up that lightly.

Bila kamu hanya tahu menerima dan tidak memberi. - Iftirasy, 2018


“Sebenarnya diorang atau adik abang ni yang bermasalah?” Datang pula hobi Hafidz hendak menyakat Shuu.
“Adik kut!” Shuu malas nak menuding setiap kesalahan itu pada dua orang bekas teman lelakinya. Mungkin Shuu belum menemukan lelaki yang sesuai untuk menerima dirinya tanpa syarat. Menerima setiap baik dan buruk Shuu seadanya. Seseorang yang memenuhi kriteria diidamkan oleh Shuu juga, saling cuba untuk melengkapi dan memberi bahagia.
Hey, little sister... Allah SWT menguji tanda Dia sayang. Sebelum dekatkan diri dengan lelaki, Dia nak adik sentiasa dekat dengan-Nya. Insya-Allah akan ada insan yang lebih baik untuk adik nanti.” Hafidz menitipkan ingatan yang perlu dipandang mereka berdua dalam konteks yang lebih meluas. Tak semestinya insan yang kita bercinta bagai nak rak tu ditakdirkan sehidup semati. Mana tahu yang dekat, yang selalu tak dipandang itulah yang melekat. Jodoh ke Syurga sana.
“Mungkin Allah SWT nak tunjuk pada adik, buka mata adik luas-luas bahawa Sufi bukan jodoh adik.” Shuu tersenyum membalas kata-kata abangnya. Ternyata memiliki seorang abang yang begitu mendukung setiap keputusan dalam hidup membuatkan Shuu lebih tabah dan cekal. Sekurang-kurangnya dia ada seorang abang yang memahami.

No comments: